Tuesday 29 October 2013

Bajet 2014: Subsidi gula dimansuhkan

Bajet 2014: Subsidi gula dimansuhkan berkuatkuasa esok - Najib
2013/10/25 - 17:47:35 PM

KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. 
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya. 



Beliau berkata, keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru supaya kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_Subsidiguladimansuhkanberkuatkuasaesok-Najib/Article/

No comments:

Post a Comment